Sunday, 7 April 2013

Video One Shoot Upm

**taraaaaaa**.... sampai lah saat nie.. video one shoot untuk group ceriteragadis telah terhasil dan ianya sudah dilancarkan dalam majlis pelancaran album besar- besaran di FBMK UPM.. pada hari Rabu tanggal 3 April 2013.. Alhamdulilah semuanya dah selesai...

hah selesai?? selesai yang tu ja..pada saat tu... lepas habis ja kelas bermula episod baru tahu tak??? nak tau apa episod tu tunggu.... aku xsabar2 nak cerita pasal pengalaman serta asam garam dalam menyiapkan Video One Shoot nie...

aku pilih lagu "HEY LADIES" untuk group aku .... sebab group aku ada 4 orang ..semua perempuan.. oleh kerana semua ada kisah pasal cintan cinton nie..terutama aku lah kan... jadinya lagu ini sangat sesuai untuk dinyanyikan...

"hey ladies jangan mahu di bilang lemah... kita juga bisa menipu dan menduakan ".. yes..take note semua gurgurlll..... kita jugak boleh... haha...jangan jadi mangsa ja.... (eh terlebih emo plak).

dalam nak menjayakan album sulong nie...xla semudah disangka walau ianya kalau item dalamnya bersemangat waja dan bekerjasama macam woderpet senag ja keja jadi.. haha.. (peringatan dan nasihat la kan)

*******************************************************************************************************************

ceritanya semua kawan2 dah siap upload dalam you tube..aku masih meraba-raba dan tercari-cari apa step nak buat dan kat mana tempat.... nak shoot... apakan daya oleh kerana kekangan masa.. tenaga... aku terpaksa pilih lokasi dalam UPM saja.. (ok pe,,, lawa jugak)... hehe... so aku rancang pukul 5 petang nak g shoot... tp apakan daya... mutiara turun membasahi bumi tanpa diduga... apa pun aku tetap berharap mutiara yang mencurah tanpa henti itu disulami dengan dentuman guruh akan berhenti seketika memberi laluan kepada aku dan rakan2 untuk siapkan tugasan yang diberi...

semua maslah mula tersimpul rapi dalam minda ku..bukan apa....sebab "masa".. masa lagi bernilai dr emas.. ... apa yang aku rancang perlu ikut jadualnya sebab bila dah tertangguh..kerja lain juga akan terima tempiasnya.... apa pun.. Allah Maha Kuasa... tepat jam 6 petang... kami mula berangkat ke lokasi kerana hujan yang mencurah ke bumi mula melabuh tirainya.....

*******************************************************************************************************************

bila sampai ke tempat yang dituju.. semua mata terpanah ke arah kami... (sebab kat situ orang datang pakai kasut sukan, track shut, baju t-shirt) haha... kami nie melaram macam warna warni adilfitri dah.... rakaman pon bermula... kami buat 5 kali rakaman... smpai aku dah xlarat angkat tangan la nak menari.... apa pun kami buat sedaya mampu..

********************************************************************************************************************

lepas mangrib aku dan Wan kawan baik aku nie... pilih video mana nak uplode lepas persetujuan bersama la...ngn ahli lain... kami pon edit2... selepas tu tepat jam 3 a.m .. kami selamat memuat naik video one shoot kami... HEY LADIES ..dalam youtube.. sangat letih..sebab aku ada kelas pula pada 8pg.... sedap jea tengok orang lain boleh tido.. :(,, ape pun semua nie pengalaman dan kenangan terindah dalam hidup aku...


apa yang aku dapat ialah.... apa aku tak pandai sebelum ni aku dah mampu untuk lakukannya... ingatlah wahai teman.. guru yang terbaik dalam dunia dan hidup ni adalah PENGALAMAN....


Terima Kasih DR. NOTT... sebab bagi aku belajar pengalaman tu... walau dalam redha... tapi aku rela.. heheh (^_^)


sehingga bertemu lg yea kawan2 dalam tugasan seterusnya... ;)



No comments:

Post a Comment