Tuesday 28 May 2013

BBM 3410:SALAM TERAKHIR





NUR HIDAYU JAAFAR (158172)




Assalamuailaikum...

Setelah 14 minggu aku menjalani detik2 terindah.. suka duka gelak tawa dalam usaha melaksanakan tugas dalam kursus BBM3410 kini kursus serta tugasan-tugasan akan melabuh tirainya. Pelbagai asam garam yang aku lalui sepanjang melakukan setiap tugasan yang diberi. Alhamdulilah selesai semua tugasan dengan bekalan ilmu yang bermanfaat dapat aku timba sepanjang menjadi anak didik DrNott.. Dr.Nott sangat best.. sporting walau tegas.... setiap detik yang dilalui megeratkan lg ukhuwah sesama kami selain tu... tetap terselit seribu kepahitan.. dalam ukhuwah yang terjalin ..apa pun yang diharapkan selepas ni ilmu yang dicurahkan oleh Dr.Nott akan diaplikasikan dlm hidup aku..atau lapangan yang aku ceburi nanti.  Pelbagai pengalaman juga aku kutip sepanjang kelas multimedia nie, di sinilah titik permulaan aku kenal bagaimana cara untuk kenal mengenal antara satu sama lain , kenal erti insani.. .. kenal erti persahabatan.. kenal erti siapa kawan.. yang penting ilmu yg diperlajari tu sangat xternilai harganya... TQ Dr.Nott.. dan salam perpisahan kepada semua teman2 seperjuangan.... :)


http://www.youtube.com/watch?v=G8aijCLfzT0&feature=share

Video One Shoot ( Hey Ladies) 

http://www.youtube.com/watch?v=d2tHmSzflos
Video Seram (Bawaku Pulang)
Tanpa Wajah (Bahana Riak dan Takbur) 
Gambar Unik
 Video Boleh dan Tidak Boleh 

Video Realitinya

Thursday 16 May 2013

Website

Tugasan baru yang aku terima kali ini ialah aku perlu untuk mewujudkan satu website dalam hidupku... banyak juga benda kena tulis dalam website ini.. tapi semua ni pengalaman yang memberi seribu pengetahuan kepada diriku...


Friday 10 May 2013

Bulan Rejab

PUASA DI BULAN REJAB
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."
Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")
Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:      "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")
Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Thursday 18 April 2013

Pengalaman Video Seram


http://www.youtube.com/watch?v=d2tHmSzflos&feature=youtu.be

Tragis, sadis, menangis, terhiris, dan kata yang sewaktu dengannya. Ha kali ni tugasan yang diberikan ialah pembikinan vedio seram. Sebelum cuti mid sem dr.nott ada bagi kami tugasan  ini untuk dibentangkan pada minggu selepas cuti. Nak dijadikan cerita pelbagai asam garam, rempah ratus, sayur mayor aku sediakan untuk menyediakan hidangan untuk santapan umum terutama dr. Nott iaitu “bawaku pulang”. Video ni hanya mengambil masa 2 jam untuk menyiapkanya… Tapi malang tidak pernah mempunyai bau.. Tragedi yang sadis telah berlaku..  Jd kenangan sampai ke mati rasanya ha ha ha… Tp alhamdulilah la…dugaan diterima dan akhirnya aku punya video dapat juga disiapkan…. Mmpu di siapkan..  
Sudikan diri untuk anda untuk menonton walau xseberapa…

Pengalaman lain aku xleh tido selama 3 hari 3 malam.. Gara2 buat n dengar sound seram penakot la katakan.. bukan tu saja aku xleh tdo bermula saat aku tido bawah pokok depan kolej aku dengan aksi diserang oleh hantu… :( tp  malangnya video tu xdapat ditayangkan dan kami terpaksa buat video lain last minute.. Terima Kasih kepada yang sudi membantu dan terima kasih banyak-banyak kepada yang tidak mau bantu..hahah.. babai…


Wednesday 10 April 2013

Sayang Versi Baru.. by _Sayang_


Lagu "SAYANG" nyanyian Shae,


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.
 
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan TUHANMU


kepada ummat MUHAMMAD 



Sunday 7 April 2013

Video One Shoot Upm

**taraaaaaa**.... sampai lah saat nie.. video one shoot untuk group ceriteragadis telah terhasil dan ianya sudah dilancarkan dalam majlis pelancaran album besar- besaran di FBMK UPM.. pada hari Rabu tanggal 3 April 2013.. Alhamdulilah semuanya dah selesai...

hah selesai?? selesai yang tu ja..pada saat tu... lepas habis ja kelas bermula episod baru tahu tak??? nak tau apa episod tu tunggu.... aku xsabar2 nak cerita pasal pengalaman serta asam garam dalam menyiapkan Video One Shoot nie...

aku pilih lagu "HEY LADIES" untuk group aku .... sebab group aku ada 4 orang ..semua perempuan.. oleh kerana semua ada kisah pasal cintan cinton nie..terutama aku lah kan... jadinya lagu ini sangat sesuai untuk dinyanyikan...

"hey ladies jangan mahu di bilang lemah... kita juga bisa menipu dan menduakan ".. yes..take note semua gurgurlll..... kita jugak boleh... haha...jangan jadi mangsa ja.... (eh terlebih emo plak).

dalam nak menjayakan album sulong nie...xla semudah disangka walau ianya kalau item dalamnya bersemangat waja dan bekerjasama macam woderpet senag ja keja jadi.. haha.. (peringatan dan nasihat la kan)

*******************************************************************************************************************

ceritanya semua kawan2 dah siap upload dalam you tube..aku masih meraba-raba dan tercari-cari apa step nak buat dan kat mana tempat.... nak shoot... apakan daya oleh kerana kekangan masa.. tenaga... aku terpaksa pilih lokasi dalam UPM saja.. (ok pe,,, lawa jugak)... hehe... so aku rancang pukul 5 petang nak g shoot... tp apakan daya... mutiara turun membasahi bumi tanpa diduga... apa pun aku tetap berharap mutiara yang mencurah tanpa henti itu disulami dengan dentuman guruh akan berhenti seketika memberi laluan kepada aku dan rakan2 untuk siapkan tugasan yang diberi...

semua maslah mula tersimpul rapi dalam minda ku..bukan apa....sebab "masa".. masa lagi bernilai dr emas.. ... apa yang aku rancang perlu ikut jadualnya sebab bila dah tertangguh..kerja lain juga akan terima tempiasnya.... apa pun.. Allah Maha Kuasa... tepat jam 6 petang... kami mula berangkat ke lokasi kerana hujan yang mencurah ke bumi mula melabuh tirainya.....

*******************************************************************************************************************

bila sampai ke tempat yang dituju.. semua mata terpanah ke arah kami... (sebab kat situ orang datang pakai kasut sukan, track shut, baju t-shirt) haha... kami nie melaram macam warna warni adilfitri dah.... rakaman pon bermula... kami buat 5 kali rakaman... smpai aku dah xlarat angkat tangan la nak menari.... apa pun kami buat sedaya mampu..

********************************************************************************************************************

lepas mangrib aku dan Wan kawan baik aku nie... pilih video mana nak uplode lepas persetujuan bersama la...ngn ahli lain... kami pon edit2... selepas tu tepat jam 3 a.m .. kami selamat memuat naik video one shoot kami... HEY LADIES ..dalam youtube.. sangat letih..sebab aku ada kelas pula pada 8pg.... sedap jea tengok orang lain boleh tido.. :(,, ape pun semua nie pengalaman dan kenangan terindah dalam hidup aku...


apa yang aku dapat ialah.... apa aku tak pandai sebelum ni aku dah mampu untuk lakukannya... ingatlah wahai teman.. guru yang terbaik dalam dunia dan hidup ni adalah PENGALAMAN....


Terima Kasih DR. NOTT... sebab bagi aku belajar pengalaman tu... walau dalam redha... tapi aku rela.. heheh (^_^)


sehingga bertemu lg yea kawan2 dalam tugasan seterusnya... ;)



Simpulan Bahasa Upm

ha..tugasan kali ni aku kena buat simpulan bahasa pula.... simpulan bahasa ni kena ambik gambar, gambar tu mesti mengambarkan makna simpulan bahasa yang kami pilih... haha.. seperti aku cerita pada entri sebelum ni... meh la kita tengok2-tengok hasil kerja aku... dan kawan2...

*****************************************************************************

kering idea gak nak buat semua nie...

BERBADAN DUA 

             
 IRI HATI
   
                         
                                   PERANG DINGIN

               

PENDEK AKAL

MATA AIR
 


DATANG BULAN


MUKA TEMBOK

KAKI JUDI





*******************************

SEKIAN... nak siap yang ni pon macam-macam perisa hati aku rasa,, haha.. nie ok lg... nak tengok tugasan lain tak???? ok tunggu.....

apa-apa pon aku suka kelas ni enjoy... sambil belajar....banyak ilmu yang aku timba ..sampai penuh baldi dah.. hehe.. (^-^)