Friday, 8 March 2013

Pelabuhan Seorang Gadis


..kembara yang panjang ku susuri dengan jalan yang berliku..pelbagai onak serta duri kehidupan ku temui.. dalam pelayaranku ...pelbagai hentian ku temui dan terpaksa untuk aku berteduh di hentian itu.. di perhentian pelbagai ancaman yang datang menerjah sehingga aku sendiri tidak tahan dengan suasana tersebut..tapi demi harapan yang menggunung yang ada dalam diriku semata-mata hanya mahukan permata kesayangku di dunia hingga ke akhirat serta insya Allah ke Jannah juga....tercapai.. tiada lain yang diharapkan oleh kedua orang tuaku selain melihat aku menjadi insan yang berguna dan menjadi seorang anak yang soleh selain daripada memberi sebuah kejayaan kepada merka.. kejayaan yang selama ini mereka bajai dengan keringgat empat tulang yang ada mereka tiada kenal erti penat dan lelah....menjaga benih yang disemai dengan penuh kasih sayang dengan harapan benih yang ditanam akan menjadi buah hasil yang amat megagumkan.

Dalam pada menyusuri jalan berliku..merentasi lautan yang bergelora..bahtera yang aku naiki hampir karam di saat aku hampir berjaya untuk sampai ke destinasi yang aku ingin tuju..disaat cuaca panas yang ku hadapi...tetiba mendung datang mengetuk pintu dunia yang aku diami....apabila mendung menyapa..datang pula hujan yang sagat lebat, guruh serta kilat  sambar menyambar.. sehingga aku sendiri tidak tahu bagaimana aku hendak hadapi..adakah bahtera yang aku naiki akan terus karam ditelan perut lautan mahupun masih ada sinar harapan yang aku akan selamat sampai ke destinasi yang aku ingin tuju.. aku percaya ini dugaan darinya... aku doa dan terus berdoa agar aku selamat dan masih boleh teruskan perjalanku sehingga smpai ke destinasi yang aku mahu tuju.. sinar  harapan yang aku harapkan kini tiba...aku masih diberikan kesempatan untuk teruskan perjalananku membawa segulung amanah yang diberikan... sampainya aku ke destinasi dengan selamat ..di situ aku temui kunci yang aku tercari-cari selam ini... barulah aku faham kenapa Allah mengambil kenikmatan cuaca panas dan memberikan hujan yang sangat lebat sehingga aku sendiri hilang arah..rupanya Allah mahu hadiahkan aku sebuah pelangi yang indah..Alhamdulilah..
إن شاء الله. harapanmu kedua orang tua ku..yang aku sangat sayang... akan ku pulang membawa bungkusan pesananmu...


SEKIAN.....



No comments:

Post a Comment