Tuesday, 28 May 2013

BBM 3410:SALAM TERAKHIR





NUR HIDAYU JAAFAR (158172)




Assalamuailaikum...

Setelah 14 minggu aku menjalani detik2 terindah.. suka duka gelak tawa dalam usaha melaksanakan tugas dalam kursus BBM3410 kini kursus serta tugasan-tugasan akan melabuh tirainya. Pelbagai asam garam yang aku lalui sepanjang melakukan setiap tugasan yang diberi. Alhamdulilah selesai semua tugasan dengan bekalan ilmu yang bermanfaat dapat aku timba sepanjang menjadi anak didik DrNott.. Dr.Nott sangat best.. sporting walau tegas.... setiap detik yang dilalui megeratkan lg ukhuwah sesama kami selain tu... tetap terselit seribu kepahitan.. dalam ukhuwah yang terjalin ..apa pun yang diharapkan selepas ni ilmu yang dicurahkan oleh Dr.Nott akan diaplikasikan dlm hidup aku..atau lapangan yang aku ceburi nanti.  Pelbagai pengalaman juga aku kutip sepanjang kelas multimedia nie, di sinilah titik permulaan aku kenal bagaimana cara untuk kenal mengenal antara satu sama lain , kenal erti insani.. .. kenal erti persahabatan.. kenal erti siapa kawan.. yang penting ilmu yg diperlajari tu sangat xternilai harganya... TQ Dr.Nott.. dan salam perpisahan kepada semua teman2 seperjuangan.... :)


http://www.youtube.com/watch?v=G8aijCLfzT0&feature=share

Video One Shoot ( Hey Ladies) 

http://www.youtube.com/watch?v=d2tHmSzflos
Video Seram (Bawaku Pulang)
Tanpa Wajah (Bahana Riak dan Takbur) 
Gambar Unik
 Video Boleh dan Tidak Boleh 

Video Realitinya

Thursday, 16 May 2013

Website

Tugasan baru yang aku terima kali ini ialah aku perlu untuk mewujudkan satu website dalam hidupku... banyak juga benda kena tulis dalam website ini.. tapi semua ni pengalaman yang memberi seribu pengetahuan kepada diriku...


Friday, 10 May 2013

Bulan Rejab

PUASA DI BULAN REJAB
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."
Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")
Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:      "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")
Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.